Comments anyone? This article i wrote for higher malay class created quite a stir, so what do you think?
ps: it's in malay though, sorry.
Sekian lama, masyarakat umum Singapura mempunyai fahaman bahawa Melayu = Muslim. Namun adakah tanggapan itu masih boleh dikatakan relevan dalam konteks hari ini? Wajarkah kita untuk menyinonimkan kedua-duanya? Mungkin sudah masanya kita mula memperlihatkan perbedaan di antara kedua-dua istilah ini dan kesan penyamaannya di dalam masyarakat kita. Bangsa merupakan jenis manusia yang berasal daripada satu keturunan. Agama pula merupakan satu kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat dan penerimaan ajaran serta perintahNya. Kedua-dua istilah ini mempunyai makna yang jelas ketara. Seorang yang berbangsa Melayu tidak semestinya menganut agama Islam. Malah, tahukan anda, ada mereka yang berbangsa Melayu yang menetap di Filipina, Timor Leste dan Indonesia yang bukan beragama Islam, namun beragama Kristian, Hindu dan lain-lain lagi. Jadi bagaimanakah masyarakat Melayu di Singapura mampu disamakan dengan masyarakat Islam?
Dengan wujudnya globalisasi di dalam negara kita, tidak hairanlah jika kita melihat ramai anak bangsa kita berpeleseran di sana-sini, meneguk bir tanpa segan-silu, bertatu dan banyak lagi. Apabila terpandang, apakah yang timbul di benak anda?
"Hisy. Budak-budak Melayu zaman sekarang..."
Kita tidak dapat menafikan bahawa mungkin benar mereka beragama Islam, tapi pada masa ini, sedang menjadi bagai satu 'trend', anak Melayu yang masih bertutur dalam bahasa Melayu, masih menggunakan tangan untuk makan dan sebagainya, bertukar kepercayaan ataupun murtad tanpa mempunyai agama lain. Sesuatu yang amat menggusarkan, tetapi inilah hakikatnya. . Perkara ini sudah lama terjadi, namun masyarakat kita yang kadangkala hanya menutup sebelah mata dan tidak mengambil kisah sahaja.
Jika kita lihat, selalu benar perkataan 'Melayu/Islam' digunakan di dalam akhbar sekiranya ingin menyampaikan sesuatu berita mengenai seseorang, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan remaja Melayu kita. Bandingkan pula dengan akhbar-akhbar yang lain, wujudkah istilah-istilah "Chinese/Islam" ataupun "Indian/Islam"? Tidak, bukan? Mereka dianggap sama rata. Tidak kira jika mereka menganut agama nenek-moyang mereka seperti agama Hindu ataupun agama Buddha, mahupun jika mereka menganut agama Kristian ataupun tidak beragama sekalipun, semua dianggap sama. Sebangsa.
Masyarakat India dan Cina diberi kebebasan dalam menganut agama masing-masing. Mengapa pula masyarakat Melayu kita dikongkong dengan agama Islam? Kenyataan yang ingin saya sampaikan ini bukanlah untuk menyokong perbuatan murtad itu, tetapi apakah wajar paradigma ini berterusan di kalangan masyarakat kita?
Adakah ia sesuatu yang amat memalukan bagi masyarakat Melayu untuk membenarkan fenomena ini? Sedangkan negara Cina yang mempunyai populasi penganut agama Islam yang jauh lebih besar daripada kita, mempunyai pelbagai agama bagi sesuatu bangsa, apatah lagi kita?
Sudah tibanya kita beranjak daripada fahaman itu. Islam adalah sebuah agama yang universal, dan setiap orang di muka bumi Allah ini diberikan kebebasan untuk menganut apa-apa agama yang dipilihnya.
Pisahkan kedua-dua istilah ini, kerana ia membawa bersamanya sikap prejudis yang amat hebat. Apatah lagi dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan prejudis terhadap agama Allah ini.
Takkan hilang Melayu di dunia.
Takkan binasa Islam selamanya.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home